
LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN PAS TAMBUN
'Kebajikan untuk semua'

Thursday, 10 February 2011
Sunday, 9 January 2011
Program 'TIADA SAPA YANG PEDULI'



Program Allahyarham Ustaz Zaharuddin bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan


Kampong Dato' Ahmad Said Tambahan 3: Pada Deepavali yg lepas Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun telah mengadakan satu program jejak fakir orang India di KDAS3 dan Kg. Sg Kati. Allahyarham Ustaz Zaharuddin yg juga ketua cawangan KDAS3 telah sudi turut serta bersama menyumbang kepada orang India yg. kami lawati. Dalam rauk wajahnya yg sentiasa tersenyum itu tidak disangkan bahawa Allah lebih menyayanginya dan telah meninggalkan kita dlm perjuangan. Alfatiha..
Monday, 3 January 2011
Majlis sumbangan bag dan alat tulis sekolah




Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun dengan kerjasama PAS cawangan Pekan Chemor telah mengadakan satu majlis sumbangan bag dan alat menulis sekolah pada 19 hb Dec.2010 di markas PAS Pekan Chemor. Seramai 40 orang anak yatim dan fakir miskin sekitar Chemor, Kg Cik Zainal, Kantan dan Kuala Kuang telah menerima sumbangan dari pada AF Ustaz Wan Ahmad Termizi selaku Pengarah MTD Dun Manjoi.
Sumbangan pakaian sekolah di Pasarayaku Silibin



Majlis sumbangan pakaian sekolah kepada pelajar miskin dan anak yatim telah diadakan di Pasarayaku Silibin. Majlis anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan ini telah menggumpul seramai 38 orang pelajar di sekitar DUN Manjoi
. AF Ustaz Wan Ahmat Termizi selaku Pengarah MTD DUN Manjoi telah sudi bersama-sama dlm program tersebut. AF Ustaz juga turut membantu ibubapa memilih dan menyampaikan pakaian kepada pelajar. Ketua Lajnah Kebajikan Tuan Syed Hisam berkata.. dengan adanya sumbangan ini dapat lah mengurangkan bebanan ibubapa dalam perbelanjaan anak-anak mereka yang akan memasuki persekolahan tambahan lagi kenaikan barangan cukup memeritkan mereka.

Sunday, 21 November 2010
Majlis sumbangan fakir miskin dan pelajar ke Mesir sempena sambutan hari raya korban di Kg. Tengku Hussen




Sempena Sambutan Hari Raya Korban, Pas caw. Kg. Tengku Hussen mengadakan majlis sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 13 nov. 2010 di Markas Pas caw. Seramai 35 orang Fakir miskin, 2 orang pelajar dan seorang pesakit jantung belubang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh AF Ustaz Wan Termizi selaku Ketua Urusan Ulamak Kaw. Tambun.
Friday, 19 November 2010
Ibadah Korban Pas Kg. Tengku hussen & Surau Jln. Masyarakat




Sempena sambutan Hari Raya Korban, Pas Kg. Tengku Hussen dengan kerjasama Surau Jln. Masyarakat telah mengadakan ibadah korban bersama. Sebanyak 4 ekor kerbau dan 1 ekor lembu telah di korbankan. Sebanyak 450 kilo daging telah di agihkan kepada fakir miskin dan penduduk setempat pada hari itu.
Pengarah program Syed Sham berkata, pada tahun lalu Pas caw. hanya mengadakan ibadah korban di Markas, tapi pd tahun ni kami berkerjasama dgn. pehak surau, Alhamdulillah sambutan orang ramai untuk sama-sama membantu sungguh menggalakan terutama dr. penduduk sekitar.
Subscribe to:
Posts (Atom)