Sunday 9 January 2011

Program 'TIADA SAPA YANG PEDULI'









Kg. Cik Zainal Chemor:- Progam 'TIADA SAPA PEDULI PAS DATANG MEMBANTU' telah di ziarahi oleh AF Ustaz Wan Ahmad Termizi dan Ustaz Salleh kerumah seorang janda di Kg. Cik Zainal Cemor. Beliau atau lebih dikenali Kak Mah telah memohon bantuan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun untuk menukar atap rumahnya yg telah reput dan bojor apabila hujan. Kak Mah menceritakan bagaimana ia telah tidak di pedulikan oleh ketua kg. disana. Perbagai cara telah dibuat tapi menghampakan. PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan telah menyumbang 25 keping zink dan Kayu kepada beliau dan kerja zink telah dibuat secara gotong royong oleh PAS cawangan kg. cik zainal yg. diketuai oleh saudara Halim.

Program Allahyarham Ustaz Zaharuddin bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan



Kampong Dato' Ahmad Said Tambahan 3: Pada Deepavali yg lepas Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun telah mengadakan satu program jejak fakir orang India di KDAS3 dan Kg. Sg Kati. Allahyarham Ustaz Zaharuddin yg juga ketua cawangan KDAS3 telah sudi turut serta bersama menyumbang kepada orang India yg. kami lawati. Dalam rauk wajahnya yg sentiasa tersenyum itu tidak disangkan bahawa Allah lebih menyayanginya dan telah meninggalkan kita dlm perjuangan. Alfatiha..

Monday 3 January 2011

Majlis sumbangan bag dan alat tulis sekolah








Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun dengan kerjasama PAS cawangan Pekan Chemor telah mengadakan satu majlis sumbangan bag dan alat menulis sekolah pada 19 hb Dec.2010 di markas PAS Pekan Chemor. Seramai 40 orang anak yatim dan fakir miskin sekitar Chemor, Kg Cik Zainal, Kantan dan Kuala Kuang telah menerima sumbangan dari pada AF Ustaz Wan Ahmad Termizi selaku Pengarah MTD Dun Manjoi.

Sumbangan pakaian sekolah di Pasarayaku Silibin











Majlis sumbangan pakaian sekolah kepada pelajar miskin dan anak yatim telah diadakan di Pasarayaku Silibin. Majlis anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan ini telah menggumpul seramai 38 orang pelajar di sekitar DUN Manjoi. AF Ustaz Wan Ahmat Termizi selaku Pengarah MTD DUN Manjoi telah sudi bersama-sama dlm program tersebut. AF Ustaz juga turut membantu ibubapa memilih dan menyampaikan pakaian kepada pelajar. Ketua Lajnah Kebajikan Tuan Syed Hisam berkata.. dengan adanya sumbangan ini dapat lah mengurangkan bebanan ibubapa dalam perbelanjaan anak-anak mereka yang akan memasuki persekolahan tambahan lagi kenaikan barangan cukup memeritkan mereka.