Sunday 21 November 2010

Majlis sumbangan fakir miskin dan pelajar ke Mesir sempena sambutan hari raya korban di Kg. Tengku Hussen








Sempena Sambutan Hari Raya Korban, Pas caw. Kg. Tengku Hussen mengadakan majlis sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 13 nov. 2010 di Markas Pas caw. Seramai 35 orang Fakir miskin, 2 orang pelajar dan seorang pesakit jantung belubang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh AF Ustaz Wan Termizi selaku Ketua Urusan Ulamak Kaw. Tambun.


Friday 19 November 2010

Ibadah Korban Pas Kg. Tengku hussen & Surau Jln. Masyarakat








Sempena sambutan Hari Raya Korban, Pas Kg. Tengku Hussen dengan kerjasama Surau Jln. Masyarakat telah mengadakan ibadah korban bersama. Sebanyak 4 ekor kerbau dan 1 ekor lembu telah di korbankan. Sebanyak 450 kilo daging telah di agihkan kepada fakir miskin dan penduduk setempat pada hari itu.
Pengarah program Syed Sham berkata, pada tahun lalu Pas caw. hanya mengadakan ibadah korban di Markas, tapi pd tahun ni kami berkerjasama dgn. pehak surau, Alhamdulillah sambutan orang ramai untuk sama-sama membantu sungguh menggalakan terutama dr. penduduk sekitar.

Thursday 28 October 2010

gambar sekitar program jejak fakir keluarga orang India di KDAS 3 & Sg. Kati











Wah.. nilah yg. dikatakan pemimpin sanggup bermotosikal merempoh lorong2 sukar untuk menyampaikan sumbangan. Tahniah Usz. Wan..Selepas rumah ke rumah memberi sumbangan AJK Lujnah Kebajikan berihat di rumah ketua Lujnah kebajikan KDAS 3.




Wednesday 27 October 2010

Jejak fakir keluarga orang India di KDAS 3 & Sg. Kati







Gambar sekitar program jejak fakir bersama AF Ustaz Wan Termizi ke rumah keluarga orang India.

Tuesday 19 October 2010

Majlis sumbangan fakir miskin dan oku




Majlis sumbangan fakir miskin dan oku di Kg. Tengku Hussen. Seramai 40 fakir miskin dan 10 orang oku telah menerima sumbangan daripada A.F. ustaz Wan Termizi selaku pengarah pilihanraya MTD Dun Manjoi. Dalam ucapan aluan Pengarah program Syed Sham memaklumkan dalam tahun 2010 sebanyak 4 kali program seumpama ini di adakan di Kg.Tengku Hussen ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang memberi sokongan pada setiap program yang di adakan.

Wednesday 6 October 2010

Gambar sekitar program masak bubur lambuk perdana pas tambun



Lajnah kebajikan pAS Tambun pada bulan Ramadan tidak lepas untuk mengangjurkan masak bubur lambuk pedana yg. diadakan di markas PAS Pekan Cemor. Sebanyak 5 periuk disediakan dan sebanyak 1500 mangkuk dapat diagehkan pada orang ramai sekitar pekan cemor dan kawasan2 berhampiran. masyarakat orang cina juga tidak lepas peluang untuk merasa bubuk lambuk. mereka sanggup hadir bersama-sama bagi menjayakan program yang julung2 kali di adakan. Pengarah program Tuan Syed Sham berharap tahun hadapan bertambah lagi penyertaan dari pada cawangan2 dan target 15 periuk pada tahun hadapan.

Thursday 30 September 2010

gambar sekitar program masak bubur lambuk perdana pas tambun


Eah..wah..eah.wah.. dewan muslimat tak lepas peluang sumbang 1 periuk, yang diketuai oleh ketua dewan muslimat kaw. puan zuirah @ kak ju. Tu... apahal pulak jangan terlepas anak yang didukong dah le.. Tahun depan pengarah akan ajak persatuan Janda2 setambun sumbang 1 periuk pula baru ada semangat. Tahniah

Tuesday 28 September 2010

MASAK BUBUR LAMBUK PERDANA


Ini team Taman kelebang restu 1 periuk kacau yup jangan tak kacau. Kerana bom a4 body hancur. Beras hancur kerana kacur.

MASAK BUBUR LAMBUK PERDANA


Bab rencah merencah serah pada muslimat yang di ketua oleh isteri hj Rahman kite(mana satu ana pun tak tahu) selagi ada bahan herba semua masuk. kalu sapa2 nak resepinya tanya pd pengarah programTuan Syed

Thursday 16 September 2010

jejak fakir



program jejak fakir sebelum ramadan kebajikan pas tambun bersama ustaz wan termizi di kg. sg. tapah

Sunday 5 September 2010

lawatan kebajikan



Lawatan ketua lajnah kebajikan PAS kawasan Tambun kerumah seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit ganjil. sumbangan berupa wang dan barang keperluan turut disampaikan